Portal Rasmi Kerajaan Malaysia

Kembali ke Laman Utama
Artikel

KKM FAQ - Bahagian Amalan Perubatan - PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN BAWAH AKTA 586 - Bolehkah Perkhidmatan Enhanced External Counterpulsation (EECP) di sediakan di Klinik Perubatan Swasta?

Dikemaskini pada 08/10/2026
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bahagian: Bahagian Amalan Perubatan. Topik: PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN BAWAH AKTA 586. Perkhidmatan EECP hanya boleh – (i). dijalankan di KPJKS yang berlesen bawah Akta 586, sekurang-kurangnya sebagai pusat jagaan ambulatori swasta [ Ambulatory Care Centre (ACC)]. Ini kerana prosedur tersebut memerlukan post-procedure observation ; dan (ii). dikendalikan oleh personel yang mempunyai kelayakan sebagai Pakar Kardiologi atau Pakar Perubatan Dalaman ( Internal Medicine Physician ), bagi tujuan pengendalian possible complications susulan daripada prosedur tersebut.

Rujukan

1 sumber