Portal Rasmi Kerajaan Malaysia

Kembali ke Laman Utama
Artikel

KKM FAQ - Bahagian Amalan Perubatan - PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN BAWAH AKTA 586 - Perkhidmatan Fototerapi di rumah oleh Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta

Dikemaskini pada 08/10/2026
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bahagian: Bahagian Amalan Perubatan. Topik: PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN BAWAH AKTA 586. Secara amnya, perkhidmatan fototerapi di rumah boleh disediakan oleh Klinik Perubatan Swasta Pakar Pediatrik, pusat jagaan ambulatori swasta [ Ambulatory Care Centre (ACC)] yang mana Pakar Pediatrik sebagai orang yang bertanggungjawab atau Hospital Swasta yang mempunyai Pakar Pediatrik atau Neonatologist residen. Kriteria lain yang perlu dipatuhi boleh rujuk Arahan Ketua Pengarah Kesihatan Bilangan 1 Tahun 2018: Garis Panduan Untuk Menubuhkan Dan/Atau Menyediakan Kemudahan Dan Perkhidmatan Fototerapi Di Rumah Oleh Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta

Rujukan

1 sumber